Canva adalah satu platform suntingan untuk membuat reka bentuk yang menarik dan ianya percuma untuk semua.Kelas pembelajaran kali ini untuk pelajar membuat satu reka bentuk logo untuk identiti perniagaannya sendiri.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui 'tools' di Canva. Selepas itu, pelajar diberi penerangan mengenai 'toolbox' dan penggunaannya dalam aplikasi tersebut.Pelajar mereka bentuk logo dengan ciri-ciri yang dingini dan mengikut kesesuaian jenamanya perniagaan.

Gambar disini

 

Kelas Adobe Photoshop ini diadakan untuk mendedahkan kepada ahli penggunaannya dan cara menggunakan.Adobe Photoshop digunakan untuk membuat kerja-kerja grafik dan salah satu darinya mereka mereka bentuk poster. 

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu Adobe Photoshop. Selepas itu, pelajar diberi penerangan mengenai 'toolbox' dan penggunaannya dalam aplikasi tersebut.Pelajar disuruh membuat logo yang bertemakan family day.Setelah selesai,pelajar menunjukkan hasil ciptaan logonya.

Gambar disini

Kelas AplikasI Zoom ini diadakan untuk memberi pengetahuan kepada warga emas mengenai cara bermesyuarat beramai-ramai secara dalam talian. 

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar perlu memuatnaik aplikasi zoom dan mendaftar diri didalam aplikasi tersebut.Setelah itu,pelajar cara menggunakan dengan mencari kawan-kawan untuk bermesyuarat atau berbincang semasa mereka di dalam kelas.

Gambar disini

Kelas Adobe Photoshop ini diadakan untuk memberi pendedahan penggunaan perisian Adobe Photoshop kepada setiap pelajar.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar perlu mengetahui kegunaan adobe photoshop untuk menyunting gambar dan membuat kad ataupun desain.Pelajar dikehendaki mencari gambar yang sesuai untuk disunting.Setelah itu,pelajar perlu membuat desain yang sesuai dengan gambar yag dipilihnya.Kelas berakhir dengan menunjukkan hasil suntingan mereka.

Gambar disini

Kelas Microsoft Word diadakan untuk mengajar pelajar mengenai penggunaan format untuk gambar rajah

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar membuat data yang dikumpulkan yang ingin dijadikan sebagai gambar rajah.Pelajar di diperkenalkan dengan fungsi 'Table' di dalam Microsoft Word dan cara digunakan yang bersesuaian dengan datanya.

Gambar disini