Tarikh: 19 Julai 2018(Khamis)

Masa: 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi: PI1M Padang Tembak

Peserta: 9 orang

 

1

TUJUAN

Kelas ini diadakan pada ahli yang berumur dari darjah 1 sehingga darjah 3. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengetahui kemahiran menaip menggunakan microsoft word yang ada pada ahli dengan bimbingan staff PI. 

AKTIVITI

Kelas bermula dengan ahli-ahli diberi tugas untuk menaip dan mencari maklumat mengenai rukun islam dan rukun iman. Setelah mereka perlu menaip sendiri maklumat tersebut dan perlu membuat mengikut kreativiti masing-masing seperti memasukkan gambar,menggunakkan perkataan yang berlainan, perkataan yang berwarna dan mereka perlu menghafal rukun islam dan rukun imam tersebut.Kelas berakhir dengan setiap melihat hasil kerja mereka dan hafalan mereka mengenai tajuk tersebut 

Gambar disini

Tarikh: 06 Jun 2018(Rabu)

Masa: 9.00 pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi: PI1M Padang Tembak

Peserta: 10 orang

 

11

TUJUAN

Pemeriksaan Kesihatan ini diadakan untuk memeriksa kesihatan ahli pusat internet.Pemeriksaan ini diadakan seminggu sekali dan ikuti oleh kanak-kanak dan para ibubapa. Aktiviti ini dilakukan untuk memastikan setiap ahli mengetahui mengenai pentingnya menjaga kesihatan dengan mengetahui indeks badan yang ideal. 

 AKTIVITI

Aktiviti dilakukan dengan mendaftar butiran-butiran peserta di dalam sistem myhealth.Seterusnya peserta perlu menimbang berat badan dan mengambil tekanan darah.Peserta juga perlu memberitahu ketinggian mereka untuk mengira indeks badan yang ideal(BMI).

Gambar disini

Tarikh: 19 Mei 2018(Sabtu)

Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi: PI1M Padang Tembak

Peserta: 8 orang

 

20180519 113806

 

TUJUAN

Kelas ini bertujuan memperkenal Microsoft Publisher kepada peserta berumur 8 tahun ke bawah.Microsoft Publisher digunakan untuk membuat periklanan,kad ucapan, bisnes kad dan banyak lagi. Microsoft Publisher ini senang digunakan kerana ianya sudah mneyediakan rekaan-rekaan tertentu dan untuk menggunakannya peserta hanya perlu memilih rekaan yang diminati.

 

AKTIVITI

Peserta dimulakan dengan menunjukan penggunaan kad ucapan. Peserta diberi tugas untuk membuat kad ucapan sempena menyambut bulan ramadan dengan idea masing-masing.Selepas selesai peserta diajar untuk menyimpan dokumen tersebut dan masing-masing sangat bersemangat menunjukkan hasil idea yang direkanya.

Gambar disini

 

 

Tarikh: 17 Mei 2018(Khamis)

Masa: 2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi: PI1M Padang Tembak

Peserta: 5 orang

 

erezeki1

 

TUJUAN

Kelas ini diadakan kepada peserta yang berminat untuk mengetahui maksud e-rezeki dan cara unutk memperoleh duit secara atas talian.E-rezeki adalah laman sesawang yang menyediakan platform perkerjaan kepada masyakarakt yang berminat untuk membuat perniagaan sampingan.

AKTIVITI

Kelas dimulakan dengan peserta perlu mendaftar maklumat peribadi di laman sesawang tersebut dan di beri ketarangan mengenai fungsi-fungsi yang ada di laman sesawang tersebut.Peserta juga didedahkan dengan aplikasi-aplikasi yang boleh memperoleh duit secara atas talian tetapi perlu menyiapkan tugasan yang diberikan didalam aplikasi tersebut.

Gambar disini

Tarikh: 21 April 2018(Sabtu)

Masa: 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi: PI1M Padang Tembak

Peserta: 7 orang

 

3

 

TUJUAN

Kelas di adakan kepada peserta-peserta berumur 12 tahun ke bawah.E-Pembelajaran TutorTv Astro UPSR meyediakan bank soalan untuk peserta mengikut format peperiksaan UPSR terkini.Peserta disuruh untuk menjawab soalan kategori matematik.

AKTIVITI

Peserta menjawab soalan dengan memlilih jawapan yang disediakan.Sekiranya salah peserta diberi keterangan mengenai jawapan yang betul tersebut. Selain itu,peserta diajar sifir matematik.Akhir sekali mereka perlu menyebut sifir-sifir yang mereka ingat.

Gambar disini