Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun. Sejajar dengan pembangunan yang semakin pesat ini, pelbagai kemudahan asas telah disediakan oleh pihak berwajib untuk kemudahan rakyat setempat. Kemudahan yang disediakan adalah merangkumi kemudahan kepada masyarakat, kemudahan pendidikan, dan kemudahan rekreasi. Kemudahan awam yang disediakan hendaklah di jaga dan dilindungi untuk kegunaan bersama. Masyarakat perlu menyemai sikap sivik dalam diri agar kemudahan yang disediakan dapat diguna untuk manfaat bersama.

Kemudahan masyarakat meliputi dewan orang ramai, masjid, surau, klinik desa dan klinik kesihatan. Bagi kemudahan pendidikan seperti sekolah menengah, sekolah rendah, perpustakaan, pusat ICT. Manakala bagi kemudahan rekreasi seperti taman permainan, gelanggang permainan dan padang bola.