NaDi Padang Tembak (PEDi) Mengucapkan Selamat Datang Kepada Anda Yang Sudi Melawat Laman Portal Kami.

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan PEDi untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif melalu Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

OBJEKTIF NaDi ADALAH UNTUK:-

>> Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

>> Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet

>> Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NaDi

>> Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

>> Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:-

>> Pengenalan kepada Asas Komputer

>> Kemudahan Penggunaan Komputer,internet dan perisian

>> Program Latihan ICT kepada pengguna(Microsoft Office)

>> Perkhidmatan fotostat, faks, pencetak(printing),pengimbas(scanning),liminate dan binding.

 

WAKTU OPERASI:-

>> Dibuka setiap hari ISNIN - AHAD kecuali CUTI UMUM (Dari Pukul 9.00 - 6.00 Petang)

 

STATISTIK PENGGUNA

Slide8

  

PETUGAS-PETUGAS NaDi PADANG TEMBAK

PENGURUS
Nama: Fauzan Binti Mohd Noor
No Tel: 014 - 8057416
 
PENOLONG PENGURUS
Nama: Nurul Aida Binti Abdullah
No Tel: 014 - 5186237
 
 
PETA LOKASI NaDi PADANG TEMBAK
 
Slide5