(untuk peta keseluruhan Negeri Kelantan.klik di sini...)

Menurut sejarah, pantai Kuala Pak Amat di Pengkalan Chepa merupakan lokasi pertama pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu yang menandakan permulaan Perang Dunia di Asia Pasifik pada tengah malam 7 Disember 1941.

Dahulunya Padang Tembak dikelilingi hutan tebal dan selepas itu telah diwujudkan perkilangan dan perumahan. Perumahan telah dimajukan pada zaman pemerintahan Dato' Bentara Kanan Mohamed Yaacob pada tahun 1978-1990 semasa zaman pemerintahan Sultan Yahya Petra-Sultan Ismail Petra. Kini Padang Tembak terkenal dengan kawasan perindustrian dengan pertumbuhan kilang-kilang besar di sekitarnya.

Terdapat 3 DUN di Pengkalan Chepa iaitu Panchor, Chempaka dan Kijang. Padang Tembak adalah di bawah DUN Panchor dalam Parlimen Pengkalan Chepa.