Kelas Microsoft Word diadakan kepada ahli-ahli untuk menaip jadual kelas sendiri menggunakan kemudahan di dalam Microsoft Word

AKTIVITI

Kelas ini bermula ahli perlu menggunakan peralatan yang disediakan di dalam Microsost word iaitu panel 'TABLE'.Ahli perlu menggunakan table untuk menyusun atur kelas dan hari mengikut jadual kelas masing-masing.Selepas itu,ahli boleh mewarnakan table dan menggunakan tulisan yang sesuai untuk menjadikan jadual kelas tersebut lebih menarik.

Gambar disini

Kelas E-Pembelajaran online ini iaitu Puzzle online diadakan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai cara penggunaan tetikus dengan lebih baik.Pelajar terdiri daripada darjah 1 dan darjah 2 yang belum menguasai penggunaan tetikus dengan baik.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan membuat laman sesawang Puzzle online dan memilih puzzle yang mudah disusun mengikut masa yang ditetapkan.Setelah pelajar siap masa akan dipaparkan dan dapat menentukan kecekapan pelajar menggunakan tetikus.

Gambar disini

Kelas Microsoft Word diadakan kepada ahli yang baru menjadi ahli dan ahli tersebut perlu mempelajarinya perkara-perkara asas menaip untuk mendapatkan pekerjaan.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan memperkenalkan ahli mengenai kegunaan microsoft word dan cara menggunakannya.Kebiasaanya Microsoft word ini digunakan untuk membuat dokumentasi.Ahli disuruh menaip surat rasmi dan beberapa contoh dokumentasi yang lain.Kelas diakhiri dengan ahli menanyakan soalan mengenai perkara yang tidak difahaminya.

Gambar disini

Kelas Microsoft Excel ini dikhususkan kerana permintaan daripada ahli yang ingin mempelajari Microsoft Excel untuk menyiapkan tugasannya membuat pengiraan secara automatik di dalam Microsoft Excel.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan memperkenalkan ahli mengenai kegunaan Microsoft Excel dan cara menggunakannya.Kebiasaanya Microsoft Excel ini digunakan untuk membuat dokumentasi pengiraan dan perlu menggunakan format untuk mendapat nombor yang lebih tepat.Kelas diakhiri dengan ahli menanyakan soalan mengenai perkara yang tidak difahaminya.

Gambar disini

Kelas Kuiz Kahoot online ini diadakan untuk mengetahui tahap kepintaran ahli menjawab kuiz yang disediakan oleh staff pusat internet.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu kahoot dan cara penggunaan kuiz kahoot.Kelas berakhir dengan mengetahui nama pemenang di senarai depan aplikasi kahoot.

Gambar disini