Ditubuhkan pada 14 Julai 2007. Pada awal penubuhan, gerak kerja dan aktiviti yang dijalankan agak tidak mendapat sambutan dan suram. Namun selepas di ambil alih oleh tampuk pengurusan baru yang di ketuai oleh En. Shamsuriha b. Mohamed dan ahli-ahli jawatankuasa pada tahun 2010, pertubuhan ini mula diiktiraf . 

Pada 19 April 2010, Krt Taman Desa Kemumin Fasa II telah didaftarkan di bawah Skim Rondaan Sukarela(SRS). (untuk rujukan SRS- JPNIN )Bermula daripada itu, kumpulan ini telah aktif dengan sentiasa menganjurkan pelbagai jenis program dengan purata 35 program bagi setiap tahun. Antara program terbesar yang melibatkan KRT  Taman Desa Kemumin Fasa II adalah COMBI.