Kelas Asas Aplikasi Canva ini diadakan dengan kerjasama dengan pelajar GiatMara Pengkalan Chepa.Kelas ini diadakan untuk mendedahkan kemudahan aplikasi canva untuk mencipta poster.

Kelas dimulakan dengan mereka diajarkan asas penggunaan canva dalam perniagaan dan cara menggunakan 'tool' yang ada pada Canva.Setelah memahami asas mereka perlu membuat poster mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini

 

Kelas Asas Keusahawanan mengenai Tiktok Seller Centre di adakan selama 2 jam untuk memperkenalkan cara penggunaan aplikasi tersebut pada usahawan.Kebanyakkan usahawan hanya tahu menggunakan di dalam komputer dan tidak tahu menggunakan dalam telefon pintar.

 

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan peserta perlu membuat pendaftaran baru untuk aplikasi tiktok seller dan diberi pendedahan asas mengenai icon-icon dan fungsi-fungsi yang ada dalam aplikasi tiktok seller centre.Seterusnya,peserta perlu memasukkan produk dan serta cara untuk melihat stok produk. Kelas berakhir  pada jam 12.00 tengahari.

 

Gambar disini

 

 

Kelas Asas Aplikasi Canva ini diadakan dengan kerjasama dengan staff JKR Kelantan(unit tentera) .Kelas ini diadakan untuk mendedahkan pembelajaran asas aplikasi canva dan diadakan selama 2 hari.

AKTIVITI

Pada hari pertama mereka diajarkan asas penggunaan asas untuk menyiapkan satu reka bentuk tertentu.Setelah memahami konsep dan cara menggunakan asas mereka di ajar 5 tutorial iaitu cara mencipta poster,slaid,kad bisnes, logo dan kad digital .Setelah memahami asas pada hari pertama, seterusnya pada keesokkan harinya diberi latihan dan membentangkan hasilnya.

Gambar disini

 

Kelas Asas Aplikasi Capcut ini diadakan dengan kerjasama dengan pihak MARA Kota Bharu .Kelas ini diadakan untuk mendedahkan pembelajaran asas aplikasi capcut dan diadakan selama 1 hari sahaja.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan peserta diberi pendedahan asas mengenai icon-icon dan fungsi-fungsi yang ada dalam aplikasi capcut.Selepas itu,peserta perlu menggunakan aplikasi tersebut pada telefon masing-masing.Pada tengahari pula peserta didedahkan jenis-jenis video yang sesuai digunakan untuk kandungan untuk tiktok.Kelas berakhir dengan  penyerahan sijil kepada para peserta dari pihak MARA Kota Bharu. 

Gambar disini

 

Kelas Asas Aplikasi Canva ini diadakan dengan kerjasama dengan pelajar GiatMara Pengkalan Chepa.Kelas ini diadakan untuk mendedahkan kemudahan aplikasi canva untuk mencipta poster raya aidiladha.

AKTIVITI

Kelas ini diadakan selama 2 hari.Pada hari pertama mereka diajarkan asas penggunaan canva dalam perniagaan dan cara menggunakan 'tool' yang ada pada Canva.Setelah memahami asas pada hari pertama, seterusnya pada keesokkan harinya diajarkan mengenai proses penyuntingan poster untuk ucapan sempena hari raya aidiladha.