Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan mendedahkan asas penggunaan Microsoft Word kepada pelajar yang ingin belajar menaip dokumentasi kerja sekolah untuk subjek seni grafik.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar perlu mengetahui cara untuk menggunakan 'keyboard' dengan betul supaya apabila menggunakan microsoft word supaya pelajar tahu untuk menaip perkataan yang ada.Setelah itu pelajar perlu membuat jadual dan cara memasukan gambar serta meletakkan perkataan sesuai dengan format yang telah guru berikan.Kelas berakhir dengan ke semua pelajar berjaya menyiapkan tugasannya.

Gambar disini

 

Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan mendedahkan asas penggunaan Microsoft Word kepada pelajar yang ingin belajar menaip dokumentasi kerja di pejabat.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar perlu mengetahui cara untuk menggunakan 'keyboard' dengan betul supaya apabila menggunakan microsoft nanti pelajar tahu untuk menaip perkataan yang ada.Setelah itu pelajar perlu membuat jadual dan cara membetulkan kedudukan perkataanyang terdapat dalam fungsi Microsoft Word.Kelas berakhir dengan pelajar di ajar cara untuk menamakan dan menyimpan dokumen Microsoft serta PDF .

Gambar disini

 

Kelas Pemerkasaan Kemahiran iaitu Asas Microsoft Office diadakan oleh pihak Microsoft kepada pencari kerja.Kelas ini diadakan dengan kerjasama PEDi dengan melatih seramai 10 orang peserta.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan peserta diberi pendedahan asas mengenai kegunaan microsoft office 365 yang boleh digunakan secara online.Microsoft 365 yang diajar iaitu Microsoft Word dan Excel.Selain itu di peserta diajar menggunakan Sway untuk membuat resume dengan cara mudah.Kelas berakhir dengan pelajar diajarkan menggunakan ChatGPT.

 

Kelas Tiktok Shop di adakan untuk pengguna PEDi Padang Tembak yang telah membuka kedai di platform Tiktok dan ingin membuat mengadakan komisen pada barangan jualannya di Tiktok Shop

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan peserta diberi pendedahan mengenai peratus komisen yang sesuai dengan barangannya.Seterusnya di ajarkan cara untuk menetapkan komisen di dalam komputer dan di dalam telefon pintarnya.Kelas berakhir dengan melihat paparan yang terlihat pada kedai di Tiktok Shop peserta.

 

Kelas Asas Aplikasi Canva ini diadakan dengan kerjasama dengan pihak Mara Kota Bharu.Kelas ini dianjurkan untuk membantu usahawan untuk mempamerkan gambar produk mereka dengan hasil suntingan yang menarik menggunakan aplikasi Canva dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka sendiri.Seramai 20 usahawan terlibat dalam kelas ini yang diajar oleh petugas Pedi.

AKTIVITI

Kelas ini diadakan selama satu hari.Pada sesi waktu pagi mereka diajarkan asas penggunaan canva dalam perniagaan dan cara menggunakan 'tool' yang ada pada Canva.Setelah memahami asas pada sesi pagi, seterusnya pada sesi petang diajarkan mengenai proses penyuntingan gambar mengikut kategori penyuntingan gambar atau video untuk media sosial.Setelah selesai kelas berakhir dengan penyampai sijil kepada pihak peserta dari wakil Pihak MARA Kota Bharu.