Tarikh: 5 September 2020 (Sabtu) Masa: 10.30 Pagi- 12.30 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 4 orang |
TUJUAN
Kelas MIV ini diadakan kepada sukarelawan di pusat internet untuk menyebarkan mengenai kesedaran penggunaan klik dengan bijak dan mengenai kesedaran penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat zaman kini.Kelas ini secara dalam talian dan taklimat tersebut dikendalikan oleh pihak SKMM kepada sukarelawan.
AKTIVITI
Taklimat tersebut menekankan sukarelawan untuk menyebarkan kempen-kempen kesedaran yang dianjurkan oleh SKMM kepada masyarakat.Ini kerana setiap berita yang disampaikan perlulah diketahui kesahihannya didalam media sosial.Penggunaan laman web sebenarnya.my juga boleh diguna untuk mengetahui berita yang sahih ataupun palsu.
Tarikh: 6 Ogos 2020 (Khamis) Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 2 orang |
TUJUAN
Kelas Microsoft Word diadakan untuk mengajar pelajar mengenai penggunaan format untuk esei yang formal.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar menaip esei dan mula mencari fungsi format dan tulis dialam microsft word yang sesuai dengan format esei yang dikehendaki.Pelajar dapat belajar mengenai perbezaan tulisan, jarak tulisan, jarak antara perkataan, dan susunan esei yang teratur.
Tarikh: 3 Ogos 2020 (Isnin) Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Kelas Microsoft Word diadakan untuk mengajar pelajar mengenai penggunaan format untuk esei yang formal.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar menaip esei dan mula mencari fungsi format dan tulis dialam microsft word yang sesuai dengan format esei yang dikehendaki.Pelajar dapat belajar mengenai perbezaan tulisan, jarak tulisan, jarak antara perkataan, dan susunan esei yang teratur.
Tarikh: 5 Ogos 2020 (Rabu) Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 1 orang |
TUJUAN
Aplikasi Shoppe merupakan aplikasi untuk membeli dan menjual barangan secara dalam talian.Kelas ini mendedahkan kepada pelajar mengenai cara untuk mempromosikan produk sendiri di dalam aplikasi shoppe
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengambil gambar produk dan diberi penerangan mengenai kaedah menggunakan aplikasi shoppe.Selepas itu,pelajar dikehendaki memasukkan produk didalam aplikasi tersebut serta memilih kategori produk tersebut.Setelah selesai produk akan dipamerkan di aplikasi.
Tarikh: 21 Februari 2020(Jumaat) Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Lokasi: Pusat Internet Padang Tembak Peserta: 10 orang |
TUJUAN
Kelas Kesedaran Klik Dengan Bijak atau KDB diadakan untuk memberi pencerahan kepada pelajar-pelajar mengenai penyalahgunaan media sosial dan jenayah-jenayah yang ada bila seseorang berada dalam talian.
AKTIVITI
Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu media sosial dan kegunaan sebenar.Selepas itu,pelajar di beri contoh-contoh jenayah siber yang boleh membuat mereka menjadi mangsa seterusnya melihat video yang disediakan.Di akhir kelas pelajar di beri tugasan untuk mengenalpasti apa yang mereka perlu abaikan bila berada di dalam talian.