Kelas Membina Laman Web ini diadakan untuk mengajar dan memperkenalkan aplikasi wix kepada pelajar.Wix ini adalah aplikasi percuma yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa dikenakan bayaran.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui aplikasi wix dan sebab mengapa perlunya membina laman web.Oleh kerana pelajar memang ingin mempelajari ilmu membina laman web beliau meminta mangajar untuk menyiapkan satu laman web mengenai pembelajaran kuliahnya.Pelajar didedahkan dengan penggunaan button,format gambar,video yang sesuai untuk sesebuah laman web.

Gambar disini

Kelas Editing Filmora diadakan kepada ahli untuk mengajar cara membuat editing di dalam aplikasi FILMORA

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu Filmora dan diberi tunjuk ajar tentang penggunaan 'tools' dan cara penggunaannya.Setelah selesai pelajar dikehendaki mencari latar belakang muzik yang sesuai dengan tema video tersebut.Selepas selesai penyuntingan pelajar diajar mengeksport video untuk menyiapkan video tersebut.

Gambar disini

 

Kelas Canva ini diadakan untuk mendedahkan kepada ahli penggunaannya dan cara menggunakan Canva.Canva merupakan satu perisian secara dalam talian untuk memudahkan para pengguna untuk menghasilkan poster,kad bisnes, dan lainlain dengan mudah.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu perisian canva.Selepas itu,pelajar mengenalpasti penggunaan toolbox yang terdapat dalam perisian tersebut.Akhir sekali pelajar membuat design kad bisnes yang dikehendaki yang terdapat dalam perisian tersebut.

Gambar disini

Kelas Microsoft Word diadakan kepada ahli untuk menaip jadual kelas sendiri menggunakan kemudahan di dalam Microsoft Word

AKTIVITI

Kelas ini bermula ahli perlu menggunakan "tools" yang disediakan di dalam Microsost word iaitu panel 'TABLE'.Ahli perlu menggunakan table untuk menyusun atur kelas dan hari mengikut jadual kelas masing-masing.Selepas itu,ahli boleh mewarnakan table dan menggunakan tulisan yang sesuai untuk menjadikan jadual kelas tersebut lebih menarik.

Gambar disini

 

Kelas Adobe Photoshop ini diadakan untuk mendedahkan kepada ahli penggunaannya dan cara menggunakan.Adobe Photoshop digunakan untuk membuat kerja-kerja grafik dan salah satu darinya mereka mereka bentuk poster. 

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu Adobe Photoshop. Selepas itu, pelajar diberi penerangan mengenai 'toolbox' dan penggunaannya dalam aplikasi tersebut.Pelajar disuruh untuk membuat poster mengenai pusat internet. Akhir sekali, pelajar menghantar poster tersebut untuk menyertai pertandingan poster yang dianjurkan oleh pusat internet

Gambar disini