12

 

       Kedai makan Kopitiam Kita boleh dikategorikan kedai sarapan pagi yang paling top di Kota Bharu. Sebabnya, kedai ini mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu dan dihimpunan di sini. Kiranya, macam menjadi one stop center mengumpulkan nasi terbaik dari kalangan terbaik. Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air DinginNasi Kak WokNasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang disediakan ialah Roti Titab dengan telur masak separuh iaitu menu asal kedai ini. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini.

Menu popular: Roti Titab, Nasi Air Dingin, Nasi kak Wok, Nasi Tumpang dan lain-lain

Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Malaysia.

Facebook : https://www.facebook.com/pages/Kopitiam-Kita/185761151455871

 

 

Disember adalah musim untuk putu halba berkembang. Kuih ini amat sinonim dengan masyarakat Kelantan sebagai makanan 'favourite' atau wajib makan setibanya musim tengkujuh. Dimakan ketika masih panas amat mnyelerakan dengan kopi panas. Kuih tradisi ini boleh didapati dimana-mana sahaja di tepi-tepi jalan ataupun sekadar di bawah sepohon pokok berbumbungkan sekaki payung dan sebuah meja.

Putu halba ini yang sepenuhnya berasaskan daripada ubi kayu dan sedikit kelapa parut amat mudah disediakan. Untuk yang tidak pernah mencuba atau merasa, anda WAJIB untuk merasanya. Pasti tidak menyesal.

Negeri Kelantan Darul Naim terkenal sebagai negeri syurga makanan bagi peminat tegar makanan tradisional ataupun "food hunter". Golongan ini sanggup datang dari jauh dan beratur panjang untuk mendapatkan makanan yang sedap dan menepati selera mereka. 

Di kawasan Padang Tembak ini, tempat paling popular ialah Restoren Nasi Ulam Cikgu. Jenis restoren yang menawarkan khidmat layan diri, berasaskan ulam-ulaman, budu, tempoyak durian, ikan cencaru sumbat, ikan keli goreng,  dan banyak lagi  makanan tradisional Kelantan, restoren ini tidak pernah sunyi dari dihadiri oleh peminat makanan tradisonal.  

Selain itu, nasi kukus Zaeman juga terkenal kerana kesedapan ayam berempahnya dan nasi kukus. Yang paling utama bila bercakap pasal Negeri Kelantan mesti bersangkut paut dengan nasi kerabu. Nasi kerabu adalah menu wajib bagi rakyat kelantan sama ada dimakan waktu pagi, tengahari ataupun malam. Paling terkenal di kawasan Padang Tembak adalah Nasi Kerabu Kg. Landak. Perbagai jenis lauk boleh dipilih mengikut kesukaan pelanggan.