Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan kepada pelajar giat mara bagi persediaan untuk membuat resume untuk mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan pelajaran

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan peserta diberi pendedahan asas mengenai kegunaan microsoft word serta mengajarkan cara menggunakan papan kekunci dengan betul supaya dapat menaip dengan selesa dan tertib.Setelah itu peserta diajar dan dikehendaki membuat resume mengenai diri sendiri mengikut tunjuk ajar yang telah diberikan. Di akhir kelas peserta mempersembahankan resume masing-masing kepada pengajar.

 

Kelas Asas Editing Aplikasi Capcut ini diadakan untuk usahawan yang baru menceburi perniagaan di dalam aplikasi tiktok dan ingin tahu cara untuk membuat suntingan video untuk kandungan video yang menarik untuk perniagaan mereka.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan peserta diberi pendedahan asas mengenai icon-icon dan fungsi-fungsi yang ada dalam aplikasi capcut.Selepas itu,peserta perlu menggunakan aplikasi tersebut pada telefon masing-masing.Pada tengahari pula peserta didedahkan jenis-jenis video yang sesuai digunakan untuk kandungan untuk tiktok.Setelah selesai peserta dibahagikan secara kumpulan dan diberikan tugasan untuk menyiapkan video dengan menggunakan aplikasi capcut.Kelas berakhir dengan pembentangan video kumpulan dan penyerahan sijil kepada para peserta dari pihak MARA Kota Bharu. 

Gambar disini

 

Kelas Asas Keusahawanan Shopee diadakan untuk memperkenalkan usahawan terhadap platform Shopee yang mana dapat membantu mereka memasarkan produk dalam talian.

AKTIVITI

Kelas ini disertai oleh usahawan yang mempunyai produk dan ingin menjual di dalam Shopee.Kelas dimulai dengan mengajar mereka cara untuk membuka kedai di dalam Shopee. Setelah itu memuat naik produk mereka di Shopee dan memberitahu cara yang betul untuk menaip mengenai penerangan terhadap produk mereka.Akhir sekali mereka diajar untuk memasarkan pautan produk mereka di media sosial yang mereka ada.

Gambar disini

 

Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan sempena cuti persekolahan dan mendedahkan asas penggunaan Microsoft Word kepada pelajar.Kelas ini diadakan selama 2 hari.

 

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar perlu mengetahui cara untuk menggunakan 'keyboard' dengan betul supaya apabila menggunakan microsoft nanti pelajar tahu untuk menaip perkataan yang ada.Setelah itu pelajar perlu membuat jadual yang terdapat dalam fungsi Microsoft Word.Kelas berakhir dengan pelajar perlu menyiapkan sendiri tugasan yang diberikan.

Gambar disini

 

Kelas Asas Keusahawanan diadakan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada penjual untuk menjual produk mereka secara dalam talian.Tiktok Shop adalah satu ciri yang terdapat dalam aplikasi Tiktok yang membolehkan setiap pengguna menjual dalam aplikasi tersebut.

AKTIVITI

Kelas ini disertai oleh penguna yang mempunyai produk dan ingin menjual di dalam Tiktok Shop.Kelas dimulai dengan mengajar mereka cara untuk membuka kedai secara dalam talian dan cara untuk memasarkan produk mereka.Setelah itu,mereka juga diajar untuk menyunting video dan seterusnya memasukkan pautan produk mereka di dalam tiktok.

Gambar disini