Karnival Hari Bersama Komuniti Fasa Urban Poor Gabungan Pusat Internet Padang Tembak dan Pusat Internet Buluh Kubu 2019.Karnival ini diadakan untuk meraikan para ahli dan masyarakat setempat.Pelbagai pertandingan yang diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut.Perasmi yang terlibat merasmikan karnival ini Yang Berusaha En. Sabari bin Ab. Rashid merangkap Penggawa Daerah Sering.

AKTIVITI

Acara bermula pada pukul 9.00 pagi dengan para ahli perlu membuat pendaftaran serta mendapat cabutan bertuah.Selepas itu,pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak yang berusaha 4-8 tahun yang ditaja oleh pihak Yakult.Disamping itu juga berlangsung juga pertandingan-pertandingan lain seperti pertandingan mewarna online,pertandingan puzzle online,pertandingan kahoot online dan pelbagai lagi.Upacara berakhir dengan perasmian daripada perasmi,upacara pembahagian hadiah serta cabutan bertuah.

Gambar disini

Kelas Penyuntingan Video menggunakan Filmora ini membantu ahli Pusat internet membuat kerja kursus yang berkaitan dengan video.Belia perlu merangkumkan antara imej dan video didalam satu montaj.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu Filmora dan diberi tunjuk ajar tentang penggunaan 'tools' dan cara penggunaannya.Setelah selesai pelajar dikehendaki mencari latar belakang muzik yang sesuai dengan tema video tersebut.

Gambar disini

Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada kempen jauhi dadah serta memperkenalkan program "Klik Dengan Bijak".Program ini disertai dari kalangan pelajar darjah 3 sehingga darjah 6.Pelajar didedahkan kepada 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan, dan tanggungjawab dalam membendung penyalahgunaan terkini pada zaman kini.

AKTIVITI

Pelajar didedahkan dengan penerangan mengenai program "Klik Dengan Bijak" dan mengetahui kesalahan yang sering dilakukan semasa menggunakan internet terutama apabila melayari media sosial.Selain itu,pelajar di beri panduan dan diajar cara-cara untuk menangani masalah seperti siber buli dan jenayah-jenayah siber lain secara bijak.Program berakhir dengan slot soal jawab dan slot kuiz.

Gambar disini

Program MIV yang diadakan di Pusat Internet Padang Tembak mendidik para ahli menjadi sukarelawan untuk mengajar tentang ict.Aktiviti yang diadakan ini untuk mengedar flyers dan memberitahu orang awam mengenai penukaran siaran analog kepada siaran digital yang diperkenalkan oleh SKMM. 

AKTIVITI

Ahli sukarelawan bergerak di dalam kumpulan dan mengedarkan dan menampal flyers mengenai myfreeview tv iaitu siaran analog kepada siaran digital.Mereka memberi sedikit taklimat mengenai maklumat dan cara-cara mendapatkan maklumat lanjut mengenai myfreeview tersebut.

Gambar disini

2

Kelas Usahawan Pusat Internet ini dianjurkan kepada para ahli yang berminat untuk belajar cara membuat perniagaan.Perniagaan difokuskan kepada produk yang menjadi barang asas atau keperluan kepada pengguna.

AKTIVITI

Kelas ahli diperkenalkan dengan cara asas menggunakan teknik dalam asas menggunakan mengetahui produk yang dijual.3 asas penting yang perlu tahu mengenai produk ialah keperluan harian,harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan peringkat umur.Di dalam kelas ini juga diajar cara menggunakan Microsoft Excel untuk mengira pergerakan untung dan rugi setiap perniagaan yang kita jalankan.Kelas berakhir dengan sesi soal jawab bersama ahli PI.

Gambar disini