Kelas Microsoft Powerpoint ini diadakan untuk membimbing peserta membuat persediaan 'slide presentation'.Kebisaanya, Microsoft Powerpoint ini digunakan untuk persembahan lebih teratur dan tersusun dengan menggunakan fungsi-fungsi dan menggunakan gambar-gambar grafik yang menarik.

AKTIVITI

Kelas dimulakan dengan peserta menyusun ayat-ayat dalam Powerpoint dan selepas itu menambah gambar-gambar seperti graf. Selain daripada itu,peserta juga meletakkan animasi slide dan meletakkan muzik di dalam slide powerpoint tersebut.Kelas berakhir dengan peserta mempersembahkan slide mereka.

Gambar disini

 

Kelas Aplikasi Paint diadakan untuk bertujuan memperkenalkan kepada pelajar cara-cara untuk membuat kad ucapan bersempena hari bapa.Pelajar diperkenalkan fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi tersebut dan membuat kad ucapan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

AKTIVITI

Kelas dimulakan dengan pelajar menggunakan fungsi tulisan dan memilih tulisan yang dikehendaki.Setelah itu,mereka perlu membuat sedikit ucapan pada kad tersebut.Kelas diakhiri dengan setiap pelajar membaca ucapan yang ditaip pada kad ucapan tersebut.

Gambar disini

 

Kelas Penyuntingan Video menggunakan Movie Maker ini diadakan bertujuan memperkenal kepada para pelajar untuk menyunting video dengan menggunakan teknik-teknik suntingan yang disediakan.Kelas ini melibatkan 10 pelajar sekolah rendah yang berumur 12 tahun.

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar mengetahui apa itu movie maker dan pelajar diberi tajuk cita-cita untuk menyiapkan tugas mereka dengan membuat video menggunakan gambar yag di cari di internet.Setelah selesai pelajar dikehendaki mencari latar belakang muzik yang sesuai dengan tema video tersebut.Kelas diakhiri dengan pelajar mempersembahkan hasil penyuntingan video mereka.

Gambar disini

 

Program ini diadakan sempena Sambutan Hari RTM yang ke 73 yang dihadiri oleh pelbagai golongan umur.Tujuan program ini diadakan untuk memberi kesedaran mengenai penggunakan internet secara positif dan berlandaskan 3 aspek iaitu keselamatan,kewaspadaan, dan tanggungjawab dalam membendung penyalahgunaan internet.

AKTIVITI

Selain dari mempromosikan kesedaran penggunaan internet, terdapat juga periklanan mengenai Pusat Internet yang terdapat di Kota Bharu yang boleh dijadikan tempat untuk melayari internet dan menghadiri kelas komputer.Aktiviti yang diadakan ialah peserta didedahkan dengan program klik dengan bijak dan menjawab kuiz.

Gambar disini

 

Kelas Microsoft Word diajar untuk melatih para pelajar lebih mahir dalam penggunakan keyboard dengan betul dan cara penggunakan format di dalam aplikasi tersebut. 

AKTIVITI

Kelas ini bermula dengan pelajar perlu membuat karangan didalam bahasa melayu dan memberi pandangan atau cadangan mengenai Pusat Internet.Mereka meluahkan idea dan pengalaman sepanjang berada di dalam Pusat Internet dalam karangan tersebut.Kelas diakhiri dengan para pelajar membuat pembentangan mengenai karangan tersebut

Gambar disini