Kelas Asas Aplikasi Canva ini diadakan dengan kerjasama dengan pihak Mara Kota Bharu.Kelas ini dianjurkan untuk membantu usahawan untuk mempamerkan gambar produk mereka dengan hasil suntingan yang menarik menggunakan aplikasi Canva dengan hanya menggunakan telefon bimbit mereka sendiri.Seramai 20 usahawan terlibat dalam kelas ini yang diajar oleh petugas Pedi.

AKTIVITI

Kelas ini diadakan selama satu hari.Pada sesi waktu pagi mereka diajarkan asas penggunaan canva dalam perniagaan dan cara menggunakan 'tool' yang ada pada Canva.Setelah memahami asas pada sesi pagi, seterusnya pada sesi petang diajarkan mengenai proses penyuntingan gambar mengikut kategori penyuntingan gambar atau video untuk media sosial.Setelah selesai kelas berakhir dengan penyampai sijil kepada pihak peserta dari wakil Pihak MARA Kota Bharu.