USAHAWAN PERNIAGAAN PULUT KUNING

Nama Amirul Mukminin Bin Sanusi 

Umur : 23 Tahun

Ahli 08 Ogos 2018

 

LATAR BELAKANG

Amirul merupakan seorang pelajar dari Open Universiti Malaysia(OUM) Kota Bharu yang meminati bidang perniagaan sejak bangku sekolah lagi.Beliau mendapat idea untuk membuat bisnes ini kerana sering menolong ibu saudaranya menjual di Pasar Besar Siti Khadijah.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau menceburi perniagaan ini sejak setahun yang lalu.Pada mulanya beliau memulakan perniagaan dengan sering membuat penghantaran ke rumah pelanggan yang berdekatan dengan tempat tinggalnya.Pendapatan bulanan yang diperolehnya hanya RM 50 sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas menjadi ahli PI, beliau mula mempromosi produknya melalui online seperti Facebook dan Mudah.my.Beliau juga rajin membuat iklan-iklan menarik mengenai produknya.Kini pendapatannya meningkat dari sebelum menglibatan diri di PI iaitu RM200 sebulan.

Q1-Usahawan-amirul

CELIK IT

Nama : NUR ALEEYA SYAFIQQA BINTI MOHD IZHAN

Umur : 11 tahun

Ahli : 06 April 2017

 

LATAR BELAKANG

Nur Aleeya Syafiqqa merupakan ahli PI yang paling aktif yang sentiasa menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan di PI.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Pada hujung minggu, Syasya akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya di tempat tersebut.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Selepas mengunjungi PI dan menjadi ahli PI, Syasya sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI. Aleeya juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI Padang Tembak. Ini kerana keadaan PI jauh lebih selesa berbanding tempat lain. 

aleeya

USAHAWAN PERNIAGAAN KEREPEK PISANG

Nama : MUHAMMAD IZZUDIN BIN MOHD NOR

Umur : 25 Tahun

Ahli : 01 November 2015

 

LATAR BELAKANG

Muhammad Izzudin merupakan pelajar lepasan kemahiran.Beliau minat melakukan aktiviti perniagaan sejak dari kecil lagi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Sebelum penglibatan beliau di PI1M beliau hanya meniaga secara 'offline'.Beliau menjual kerepek pisang dari rumah ke rumah dan pendapatnya hanya kurang daripada RM50 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas menjadi ahli PI, beliau seringkali menghadiri kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet.Selepas menjadi ahli PI, beliau cuab memasarkan perniagaan nya melalu media sosial iaitu Facebook dan Mudah.my.Pendapatannya meningkat selepas memasarkan produk melalui 'online' bisnes.Pendapatannya kini mencecah RM150 sebulan.

izudin

 

USAHAWAN PERNIAGAAN MADU LEBAH

Nama : ZULKIFLI BIN HASHIM

Umur : 63 Tahun

Ahli : 04 Oktober 2015

 

LATAR BELAKANG

Zulkifli merupakan pesara warga emas sejak 5 tahun yang lalu.Beliau menyambuang pelajaran ke peringkat sarjana muda perniagaan di OUM Kota Bharu sehingga sekarang. Beliau menceburi perniagaan madu kebah ini sejak setahun yang lalu.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Sebelum penglibatan beliau di PI1M beliau mengamalkan madu lebah untuk dirinya sendiri dan mendapat kebaikannya.Setelah itu,beliau mula menjual di kedai-kedai yang berdekatan rumahnya.Pendapatnya hanya RM80 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas menjadi ahli PI, beliau menggunakan pendekatan secara atas talian seperti facebook dan whatssap.Pendapatan bulanannya kini mencecah RM200 sebulan.

cikzul

CELIK IT

Nama : NUR SYASYA BALQIS BINTI SUDIN

Umur : 11 tahun

Ahli : 24 Jun 2017

 

LATAR BELAKANG

Nur Syasya merupakan ahli PI yang paling aktif. Beliau sentiasa menghadiri kelas yang diadakan di PI.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Pada hujung minggu, Syasya akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya di tempat tersebut. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas mengunjungi PI dan menjadi ahli PI, Syasya sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI. Syasya juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI Padang Tembak. Ini kerana keadaan PI jauh lebih selesa berbanding tempat lain. 

syasya