USAHAWAN PERNIAGAAN TUDUNG

Nama Nur Anis Nadhirah Husna Binti Mohd Agus

Umur 19 Tahun

Ahli 20 Disember 2015

 

LATAR BELAKANG

Anis merupakan seorang pelajar UITM dan bergiat aktif berniaga online untuk mencari pendapatan sampingan.Beliau juga sering mengunjungi PI Padang Tembak untuk mempelajari cara memasarkan produknya.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau memulakan perniagaan secara suka-suka dan menjadi minat kerana ibunya yang sering mendorongnya dalam berniaga.Perniagaannya secara offline pada mulanya hanyalah mendapat keuntungan sebanyak RM 50 sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas dia mengetahui cara yang betul untuk mengiklan dan memperomosikan produknya.Kini,pendapatannya bulanannya mencecah lebih RM300 sebulan.

Q4 Usahawan2

USAHAWAN PERNIAGAAN KASUT

Nama Nur Fasihah Binti Mohd Noor

Umur 26 Tahun

Ahli 20 Ogos 2016

 

LATAR BELAKANG

Fasihah merupakan belia dan ahli yang aktif menggunakan kemudahan di Pusat Internet Padang Tembak.Beliau mendapat idea untuk menjual kasut untuk menambah pendapatan sampingan bulanannya.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau seorang pekerja di syarikat swasta.Permulaan perniagaanya hanyalah mempromosikan produknya dikalangan rakan-rakan sahaja.Pendapatan bulanannya melalui perniagaan ni hanyalah RM50 sehingga RM100 sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Setelah beliau mengambil inisiatifnya sendiri untuk belajar dan mendalami ilmu mengenai perniagaan dalam talian.Beliau dapat mengiklankan perniagaannya di media sosial iaitu Facebook,Instagram,dan Mudah.my.Kini pendapatan bulanannya mencecah sekitarRM300 sehingga RM500 sebulan.

Q4 Usahawan1

USAHAWAN PERNIAGAAN MAKANAN

Nama Amalin Athirah Binti Mohd Nasir

Umur 17 Tahun

Ahli : 30 Ogos 2018

 

LATAR BELAKANG

Amalin merupakan seorang pelajar yang ingin membuat perniagaan sampingan dengan menjual popia seaweed

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau seorang yang suka ingin mencuba makanan yang unik daripada orang lain.Oleh kerana beliau belajar dan tinggal di asrama, beliau sangat menggemari seaweed dan mula menjual pada rakan-rakannya secara kebetulan.Pendapatan sampingan bulannya hanya RM 50 sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Setiap hujung minggu,beliau akan mengunjungi Pusat Internet Padang Tembak untuk mendapat khidmat nasihat dan bimbingan daripada para staff.Selain menjual kepada kawan-kawan sahaja beliau telah menggunakan media sosial untuk menjual produk kesukaannya kepada orang lain.Kini pendapatannya mencecah RM 200 lebih setiap bulan. 

Q3 Usahwan-2

CELIK IT

Nama Nik Nur Qistina Damya Binti Nik Abdul               Aziz

Umur 11 tahun

Ahli 23 Disember 2017

 

LATAR BELAKANG

Adik Nik Nur Qistina merupakan ahli PI yang paling aktif yang sentiasa menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan di PI.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Pada hujung minggu, beliau akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya di tempat tersebut.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Selepas mengunjungi PI dan menjadi ahli PI, Qistina sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI. Qistina juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI Padang Tembak. Ini kerana keadaan PI jauh lebih selesa berbanding tempat lain. 

Q3 CELIKIT

USAHAWAN PERNIAGAAN PAKAIAN

Nama Mohamad Isma Izzat Bin Mohd Yusuf

Umur 19 Tahun

Ahli : 01 Februari 2016

 

LATAR BELAKANG

Izzat merupakan seorang perniaga yang menjual barang-barang seperti pakaian dan selipar di secara kecil-kecilan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau menceburi perniagaan ini kerana ingin mencari pendapatan selain dapat meringankan bebanan keluarga.Beliau telah membuka kedai jualannya di tapak pasar malam.Pendapatnya bulanannya hanya bawah RM100 sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Beliau seorang belia yang sangat aktif di Pusat Internet dan mendapat idea untuk menggunakan media sosial sebagai platform untuk memperluaskan pasaran produknya.Setelah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada staff-staff Pusat Internet Padang Tembak,beliau berjaya menaikkan jualannya kepada RM 400 ke atas sebulan 

Q3 Usahawan-1