CELIK IT

Nama Muhamad Arif Hakimi

Umur 12 tahun

Ahli 09 Julai 2022

 

LATAR BELAKANG

Muhamad Arif Hakimi merupakan pelajar darjah enam pada tahun ini. Beliau juga merupakan ahli PEDi yang paling aktif  menghadiri kelas yang diadakan di PEDi

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Pada cuti hujung minggu,adik Arif Hakimi akan menghabiskan masa lapang nya hanya di rumah dan bermain dengan kawan-kawan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PEDI

Selepas mengunjungi PEDi dan menjadi ahli PEDi, beliau sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi terutama fotostat. Beliau juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PEDi Padang Tembak.Ini kerana keadaan PEDi jauh lebih selesa berbanding tempat lain.