CELIK IT

Nama

: NUR ADLINA BINTI ABD AZIZ

Umur

: 8 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Nur Adlina merupakan pelajar sekolah rendah tahun 2 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 2. Beliau seorang ahli PI1M Padang Tembak yang paling aktif. Setiap kali kelas diadakan beliau sentiasa menghadiri kelas tersebut. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Pada cuti hujung minggu, kebiasaannya Adlina akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakan di Cybercafe berdekatan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Selepas mengunjungi PI1M, Adlina sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI1M. Adlina juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI1M Padang Tembak.Ini kerana keadaan PI1M jauh lebih selesa berbanding tempat lain.Kini beliau sudah pandai menggunakan microsoft word untuk membuat karangan dan membuat jadual waktu.

adlina