USAHAWAN KECIL MENJUAL KEK

Nama

: NIK HASLINA BINTI ABD KADIR

Umur

: 54 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Beliau bekerja kerajaan dan berminat menceburi perniagaan membuat kek untuk menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Nik Haslina merupakan usahawan kecil yang memulakan perniagaan hanyalah secara offline. Beliau hanya menjual dan meletak kek di gerai berdekatan rumahnya. Pendapatan sampingannya hanya RM300 sebulan. Setelah mengetahui di Pusat Internet ada mengadakan kursus keusahawanan beliau turut menyertai kursus setiap kali diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Apabila beliau menyedari mengenai kaedah pemasaran semasa,beliau banyak mempelajari platform-platform pemasaran secara dalam talian yang terkini di Pi1M Padang Tembak. Beliau cuba memasarkan perniagaan nya melalui media Facebook dan Mudah.my. Pendapatan sampingannya kini meningkat selepas memasarkan produk melalui online bisnes. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM1000.

WhatsApp-Image-2017-10-02-at-9.45.30-AM