Keusahawanan merupakan salah satu faktor terpenting dalam pembangunan ekonomi negara. Definisi keusahawanan sendiri menjelaskan ia adalah proses menggabungkan sumber pengeluaran seperti tanah, bahan mentah, tenaga manusia, modal, teknologi dan ilmu pengetahuan dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Skop keusahawanan kini boleh diperolehi sama ada melalu cara "online" ataupun "offline". Keuntungan yang banyak akan diperolehi asalkan ada kemahuan dan kehendak untuk berjaya. Salah satu matlamat keusahawanan adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi  masyarakat setempat. 

Kebanyakkan perniagaan yang dijalankan oleh penduduk sekitar adalah perniagaan makanan/ gerai, kedai runcit dan perkhidmatan homestay.

Penduduk sekitar juga turur turut menjalankan perkhidmatan jualan secara online dari rumah.

----------------