Tarikh :09 Januari 2018 (Selasa)

Masa : 9.00 Pagi hingga 12.00 Pagi

Tempat : Bilik Latihan PI1M Padang Tembak

Peserta : 10 orang

IMG 0222

 

TUJUAN

Kelas Keusahawanan ini diadakan pada warga emas yang ingin belajar mengenai permulaan membuat bisnes sendiri. Mereka diperkenalkan dengan asas pembelajaran Microsoft Office iaitu Microsoft Word untuk menaip tag nama produk, Microsoft Excel untuk membuat pengiraan perbelanjaan dan Microsoft Publisher untuk membuat rekaan poster perniagaan yang menarik.

 

AKTIVITI

Aktiviti berlangsung selama 3 jam bermula dengan memperkenalkan cara- cara asas pengunaan Microsoft Word. Mereka diajar menggunakan jadual dalam perisian tersebut dengan meletakkan nama-nama produk mereka. Selain itu, mereka juga mempelajari cara memasukkan gambar-gambar produk berserta harga produk. Untuk slot pembelajaran Microsoft Excel pula, mereka diajar membuat pengiraan bajet yang digunakan dalam perniagaan dengan menggunakan jadual-jadual, operasi tolak dan tambah yang ada di dalam perisian tersebut. Setelah itu,mereka diajar menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat rekaan kad bisnes dan poster mengenai produk untuk pemasaran perniagaan.

 

Gambar Disini