Negeri Kelantan Darul Naim terkenal sebagai negeri syurga makanan bagi peminat tegar makanan tradisional ataupun "food hunter". Golongan ini sanggup datang dari jauh dan beratur panjang untuk mendapatkan makanan yang sedap dan menepati selera mereka. 

Di kawasan Padang Tembak ini, tempat paling popular ialah Restoren Nasi Ulam Cikgu. Jenis restoren yang menawarkan khidmat layan diri, berasaskan ulam-ulaman, budu, tempoyak durian, ikan cencaru sumbat, ikan keli goreng,  dan banyak lagi  makanan tradisional Kelantan, restoren ini tidak pernah sunyi dari dihadiri oleh peminat makanan tradisonal.  

Selain itu, nasi kukus Zaeman juga terkenal kerana kesedapan ayam berempahnya dan nasi kukus. Yang paling utama bila bercakap pasal Negeri Kelantan mesti bersangkut paut dengan nasi kerabu. Nasi kerabu adalah menu wajib bagi rakyat kelantan sama ada dimakan waktu pagi, tengahari ataupun malam. Paling terkenal di kawasan Padang Tembak adalah Nasi Kerabu Kg. Landak. Perbagai jenis lauk boleh dipilih mengikut kesukaan pelanggan.