CELIK IT

Nama : NUR SHAFIYAH

Umur : 10 tahun

Ahli : 13 November 2017

 

Latar belakang

Nur Shafiyah merupakan anak yang ke 3 daripada 5 orang adik-beradik. Beliau seorang ahli PI1M yang sangat aktif dan sering mengunjungi PI1M untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Setiap hujung minggu, beliau sering mengunjungi CyberCafe untuk mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengunjungi PI1M, beliau menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI1M. Beliau juga dapat menggunakan lebih masa  mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI1M Padang Tembak. Ini kerana PI1M jauh lebih selesa berbanding tempat lain.

shafiyah

USAHAWAN SABUN CUCI PAKAIAN

Nama : MOHD NOOR BIN HUSSAIN

Umur : 50 Tahun

Ahli : 02 Disember 2015

 

Latar belakang

Mohd Noor menetap di Kota Bharu lebih dari 10 Tahun. Pada mulanya beliau hanya mengisi masa lapang untuk berniaga dan sekarang timbul minat dalam perniagaan sabun secara full-time. Beliau memajukan perniagaan melalui internet sehingga hari ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan beliau di PI1M pendapatnya hanya RM 200 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melaui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh satff PI1M Padang Tembak, beliau kini memiliki facebook sendiri. Pelanggan beliau dari kawasan Padang Tembak yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan ini mencecah RM1000.

 

noor

CELIK IT

Nama

: NUR ADLINA BINTI ABD AZIZ

Umur

: 8 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Nur Adlina merupakan pelajar sekolah rendah tahun 2 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 2. Beliau seorang ahli PI1M Padang Tembak yang paling aktif. Setiap kali kelas diadakan beliau sentiasa menghadiri kelas tersebut. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Pada cuti hujung minggu, kebiasaannya Adlina akan mengunjungi Cybercafe dan mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakan di Cybercafe berdekatan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Selepas mengunjungi PI1M, Adlina sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PI1M. Adlina juga dapat menggunakan lebih masa mencari bahan kerja sekolah dan dibimbing oleh petugas PI1M Padang Tembak.Ini kerana keadaan PI1M jauh lebih selesa berbanding tempat lain.Kini beliau sudah pandai menggunakan microsoft word untuk membuat karangan dan membuat jadual waktu.

adlina

 

USAHAWAN PERCETAKAN BAJU

Nama : MUHAMMAD FAIZ BIN MOHAMAD

Umur : 23 Tahun

Ahli : 01 Januari 2018

 

Latar belakang

Muhammad Faiz merupakan seorang pelajar jurusan bisnes ekonomi di Politeknik Kota Bharu. Pada mulanya, beliau mengambil upah untuk design logo baju sahaja. Sekarang beliau menceburi bidang perniagaan percetakan baju bersama rakannya di sekitar kawasan rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Permulaan perniagaan beliau hanyalah secara offline dan hanya mendapat tempahan dari rakan-rakan sekelas sahaja.Pendapatan bulanan bulanan RM100 sebulan untuk menampung perbelanjaan pelajarannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menjadi ahli PI1M, beliau cuba memasarkan perniagaannya melalui media Facebook dan Mudah.my. Pendapatannya meningkat selepas memasarkan produk melalui online bisnes. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500. 

 

mohd-noor

 

USAHAWAN KECIL

Nama

: Ahmad Nasaruddin bin Mohd

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Ahmad Nasaruddin atau lebih dikenali sebagai din merupakan seorang lepasan graduan dari universiti tempatan.Minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatnya ingin menjual barangan asam dari Thailand yang dikenali  Asam Plum, Celagi Dan Mangga Botol Jeedjard Thai.Beliau menjualnya secara borong atau runcit hanya dengan menjaja di kedai-kedai berdekatan dan menggunakan platform 'whatssap'. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Permulaan perniagaan yang berbekalkan dengan platform whatssap dan menjaja beliau hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM 200 sahaja sebulan. Beliau berhasrat untuk meningkatan pendapatannya dengan mengikuti kelas-kelas yang dijalankan di Pi1M Padang Tembak. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Apabila beliau mengikuti kelas Intel yang diadakan di Pi1M Padang Tembak, beliau banyak belajar mengenai kaedah pengiklanan yang betul dan senang. Beliau mempelajari cara membuat facebook page dan menggunakan untuk perniagaannya.Hasilnya perniagaan meningkat sehari demi sehari.Beliau jugak banyak menggunakan microsoft excel menguruskan urusan kewangan perniagaannya selain mempelajari adobe photoshop untuk mempelbagai cara pengiklanan supaya lebih menarik.Pendapatannya kini mencecah RM500 sebulan. 

din