USAHAWAN PERNIAGAAN KOPI PAK BELALANG

Nama : NUR ASIAH BINTI CHE JAB

Umur : 18 Tahun

Ahli : 18 Februari 2017

 

LATAR BELAKANG

Nur Asiah menjual Kopi Pak Belalang untuk mencari duit sampingan.Beliau menjadi 'dropship' kerana berminat dengan bidang perniagaan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Permulaan perniagaannya hanya secara 'offline' iaitu dengan mengiklan kopi tersebut kepada kenalan ayah dan ibunya sahaja. Pendapatan bulanannya hanya RM100.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN ICT

Selepas menjadi ahli PI, beliau memasarkan perniagaannya melalu facebook dan whatssap dengan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar PI. Hasil dari pengiklanan tersebut beliau memperoleh pendapatan mencecah RM200 sebulan.

Asiah

USAHAWAN PERNIAGAAN MINYAK WANGI

Nama : NOR ATIKAH BINTI SUKARNO

Umur : 18 Tahun

Ahli : 08 Jun 2018

 

Latar belakang

Nor Atikah menceburi bidang perniagaan dengan menjual perfume berjenama 'ALICIOUS PERFUME COLLECTION' sejak tahun ini. Beliau hanya memulakan perniagaan dirumah sahaja dan mempromosikan minyak wangi ini kepada kenalan terdekat sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan beliau di PI1M pendapatnya hanya kurang daripada RM50 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menjadi ahli PI, beliau cuba memasarkan perniagaannya melalui sosial media iaitu Facebook. Pendapatannya meningkat selepas menggunakan pendekatan promosi secara 'online' bisnes.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM150.

ATIKAH

USAHAWAN PERNIAGAAN KEWANGAN

Nama : NIK MOHAMED HEIDZIR BIN KAMARUDIN

Umur : 26 Tahun

Ahli : 01 Mac 2017

 

Latar belakang

Nik Heidzir merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik.Beliau mula menceburi bidang perniagaan di atas talian iaitu melalui facebook sahaja. Beliau menceburi perniagaan servis kewangan(financial consultant) dan E-Book marketing pada tahun akhir tahun lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan beliau di PI1M pendapatnya hanya kurang daripada RM 300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mendaftar ahli Pusat Internet Padang Tembak, beliau cuba memasarkan produk melalui facebook dan pendapatannya meningkat sehingga mencecah RM 1000 sebulan.

nck

 

CELIK IT

Nama : TENGKU QALIS BALQIS

Umur : 9 tahun

Ahli : 20 Jun 2016

 

Latar belakang

Tengku Nur Qalis Balqis merupakan anak yang ke 4 daripada 5 orang adik-beradik. Kesemua adik beradik beliau telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Padang Tembak.    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M 

Setiap hujung minggu, beliau sering mengunjungi CyberCafe untuk mencari bahan kerja sekolah bersama rakan-rakannya untuk menciapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah beliau mengetahui mengenai kelebihan Pusat Internet, beliau sering mengunjungi di Pusat Internet Padang Tembak kerana setiap kali beliau tidak mengetahui membuat kerja rumah yang perlu disiapkan dengan menggunakan komputer, staff Pusat Internet pasti membantunya.Kini, beliau mampu melakukan kerja sekolahnya sendiri dan beliau mampu menaip apa sahaja yang dikehendakinya.

balqis1

 

 

 

USAHAWAN PERCETAKAN BAJU DAN INSURANS

Nama : MOHD AMIR BIN HANIFFAH

Umur : 52 Tahun

Ahli : 19 May 2017

 

Latar belakang

Encik Amir telah menceburi bidang perniagaan ini lebih dari 5 tahun yang lalu. Beliau menceburi bidang ini selepas bersara dari pekerjaannya.Beliau mendekati dirinya dengan perniagaan percetakan baju dan menjual insurans.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau hanya mencari pelanggannya dengan memberitahu kenalan terdekat sahaja.Pendapatan bulanannya hanya RM300- 400 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh staff Pusat Internet Padang Tembak, beliau kini telah memiliki akaun facebook sendiri seterusnya dapat mempromosikan dan memperiklankan perniagaannya. Berkat usaha dan ketekunannya kini beliau telah memperoleh pendapatan melebihi RM500 - RM 1000 sebulan.

amir1