Produk tempatan merupakan industri yang sangat membangun dan membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana meningkatkan taraf ekonomi mereka. Selalunya produk tempatan adalah terdiri daripada usahawan-usahawan desa yang kurang menggunakan tenaga teknologi tetapi lebih kepada tenaga manusia. Usahawan-usahawan desa ini lebih kepada kemahiran dan pengalaman orang-orang lama. Pasaran mereka kebanyakkan tidak meluas kerana kekurangan modal, pengetahuan pemasaran, pengetahuan berkaitan teknologi dan sebagainya. 

Antara produk tempatan yang selalu dipasarkan adalah seperti keropok ikan segera, keropok lekor, kerepek pisang, dan sebagainya. Produk jenis ini adalah projek berkelompok yang dilakukan di rumah oleh kumpulan dewasa wanita sebagai inisiatif untuk menambahkan pendapatan keluarga mereka.