Tarikh: 22 Februari 2018

Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi 

Lokasi: PI1M Padang Tembak

Peserta: 2 orang

 

IMG20180208172645 

 

TUJUAN

Kelas Autocad diadakan untuk pelajar sekolah Tingkatan 5. Pelajar mempelajari software Autocad untuk menyiapkan kerja kursus Teknologi Kejuruteraan. Kelas ini diadakan selama 2 jam.

 

AKTIVITI

Memperkenalkan cara- cara asas pengunaan Tools, pergerakan dimensi dan menentukan saiz dan jarak. Latihan yang diberikan kepada peserta ialah membina satu bentuk rumah dalam perisian tersebut dengan meletakkan saiz yang ditentukan. Akhir sekali peserta diajar untuk save projek tersebut ke dalam folder baru. 

 

Gambar disini

 

Tarikh :09 Januari 2018 (Selasa)

Masa : 9.00 Pagi hingga 12.00 Pagi

Tempat : Bilik Latihan PI1M Padang Tembak

Peserta : 10 orang

IMG 0222

 

TUJUAN

Kelas Keusahawanan ini diadakan pada warga emas yang ingin belajar mengenai permulaan membuat bisnes sendiri. Mereka diperkenalkan dengan asas pembelajaran Microsoft Office iaitu Microsoft Word untuk menaip tag nama produk, Microsoft Excel untuk membuat pengiraan perbelanjaan dan Microsoft Publisher untuk membuat rekaan poster perniagaan yang menarik.

 

AKTIVITI

Aktiviti berlangsung selama 3 jam bermula dengan memperkenalkan cara- cara asas pengunaan Microsoft Word. Mereka diajar menggunakan jadual dalam perisian tersebut dengan meletakkan nama-nama produk mereka. Selain itu, mereka juga mempelajari cara memasukkan gambar-gambar produk berserta harga produk. Untuk slot pembelajaran Microsoft Excel pula, mereka diajar membuat pengiraan bajet yang digunakan dalam perniagaan dengan menggunakan jadual-jadual, operasi tolak dan tambah yang ada di dalam perisian tersebut. Setelah itu,mereka diajar menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat rekaan kad bisnes dan poster mengenai produk untuk pemasaran perniagaan.

 

Gambar Disini

Tarikh :17 November 2017 (Jumaat)

Masa : 3.00 Petang hingga 6.00 Petang

Tempat : Bilik Latihan PI1M Padang Tembak

Peserta : 10 orang

20171117 154331

TUJUAN

Kelas ini diadakan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk mendedahkan penggunaan video dan cara-cara untuk menghasilkan satu bentuk video dengan menggunakan perisian movie maker di dalam komputer.

 

AKTIVITI

Aktiviti ini berlangsung selama 3 jam iaitu dengan bermula dengan pembelajaran dan seterusnya latihan.Mereka diajar untuk meyusun gambar-gambar yang diperoleh dari google dengan meletakannya didalam 'movie maker'. Seterusnya memasukkan musik yang sesuai dengan mengikut susunan gambar.Setelah siap mereka dikehendaki menggunakan kesan gerakan gambar untuk video tersebut. 

 

Gambar disini

 

Tarikh :22 Disember 2017 (Jumaat)

Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi

Tempat : Bilik Latihan PI1M Padang Tembak

Peserta : 10 orang

0610cf14-6e94-4003-b3a1-2da3dd152e2a

 

TUJUAN

Kelas ini diadakan kepada warga emas bertujuan untuk memperkenalkan media sosial masa kini iaitu Facebook. Kegunaan Facebook banyak memberi manfaatterutamanya pada warga emas, mereka dapat mencari kawan-kawan lama mereka dan juga dapat mengetahui mengenai berita-berita viral di facebook selain dapat membuat perniagaan secara meluas.  

 

AKTIVITI

Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam dengan membuat emel masing-masing terlebih dahulu. Mereka diajar menggunakan emel dan fungsi-fungsi yang terdapat dalamemel.Setelah itu,mereka diberitahu tentang kegunaan facebook seterusnya memulakan membuat akaun Facebook. Setelah siap, mereka disuruh untuk menyiapkan profil dengan menggunakan nama sendiri.Akhir sekali, mereka dapat mencari kawan-kawan lama dengan menambah rakan di facebook.

 

Gambar disini

Tarikh : 20 Oktober 2017 (Jumaat)

Masa : 3.00 Petang hingga 5.00 Petang

Tempat : Bilik Latihan PI1M Padang Tembak

Peserta : 10 orang

20170923 163526

TUJUAN

Kelas diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar SPM mengenai kegunaan email(GMAIL) dalam mengakses sebarang dokumen,media,aplikasi dan sebagainya.

 

AKTIVITI

Aktiviti ini dijalankan pada hari minggu kerana bersesuai dengan hari tidak bersekolah. Kebanyakkan pelajar ini sudah mempunyai emel kerana mampu mengakses media sosial iaitu 'Facebook'. Tetapi mereka tidak mengetahui bahawa dengan menggunakan email boleh meminta kerja selepas habisnya peperiksaan SPM nanti. Mereka diajarkan untuk menggunakan email secara formal.Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam.

 

Gambar disini